Jumaat, 11 Disember 2015

Tips untuk tinggal di asrama

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku ni asyik tulis cerita hantu je….tak ada cerita lain ke…takkan lah dekat hostel tu asyik kena kacau hantu je memanjang….ok sini aku cakap…suka hati akulah nak tulis apa….hehe sorry kalau ayat terkasar sikit….
Ini adalah a few tips yang aku lupa aku dapat dari mana for those yang nak duduk dekat hostel atau asrama…
aku dengan kawan -kawan aku time dekat hostel

#tips ini hanyalah ditulis untuk tujuan suka-suka dan tiada kaitan dengan yang hidup atauyang mati atau pun zombie…

1.Biasakan diri dengan kawasan sekeliling
Sebab apa? Sebab kalau tiba-tiba loker kau atau bed kau kena goncang denag pocng or vampire kea tau ada kebakaran kau akan tahu mana nak pergi,tangga mana paling dekat dan selamat.Cari jalan yang paling dekat dengan masjid/surau/bilik warden/pondok guard etc….tak adalah termengah-mengah melilau-lilau berlari macam Usain Bolt…

2.Elakkan pilih katil tepi tingkap
Bukan apa,tak kisah sebenarnya kalau korang suka duduk tepi tingkap,yelah nanti tengah rimas boleh bukan tingkap sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sambil cari ilham nak jawab soalan fizik yang satu benda pon kau tak faham…tak kisah boleh je …tapi jangan salah kan aku kalau kau tiba-tiba nampak kain putih melayang dekat celah-celah pokok atau kau tetiba dengar suara seru nama kau…haha

3.Kalau katil double decker pilih je mana-mana, atas mahupun  bawah
Yang ni aku rasa tak ada masalah sangat tapi kalau tengah-tengah malam kau ada terdengar suara orang menangis sebelum kau jenguk bed bawah atau atas kau baik kau ingat dulu sama ada kawan kau betul-betul dah tidur dekat bed kang tak memasal kawan kau tidur dorm lain tapi kau terdengar pulak bunyi-bunyian dari bed dia…
masing-masing memang giler selfie...haha

4.Ekstra Tips-tips random yang aku dapat
1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.

2. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau

3. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.

4. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.

5. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.

6. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau.